KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada tahun 1997,dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 21 665 500, di mana orang warganegara beranggaran seramai 20 196600 dan 1 468 900 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara, 11.95 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera, 5 445 100 orang kaum Cina, 1 541 700 orang kaum India dan 685 700 orang kaum-kaum yang lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.
ORANG MELAYU
Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk peribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu.
Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya kan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsa yang lain.
Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat. Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro (Deutro-Malay) yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di selatan Tanah Besar Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.

Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Alasannya teori ini lebih berupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan kedua, tinjauan pakar-pakar sejarah dan antropologi di kawasan yang dikatakan tempat asal orang Melayu di selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh dihubungkan dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami negara ini.
ORANG CINA
Orang Cina bertumpu ke negara ini sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-dua pulau itu dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Walau bagaimanapun, orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas dibuka oleh British. Hanya pada awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat konsesi untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan, namun bilangan mereka tidak besar.
Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua (Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar .Di Perak pula, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut. Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sejajar dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di Tanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China dab bencana alam seperti banjir dan kemarau panjang. Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan orang Cina tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu. Oleh itu, kedatangan mereka pada tempoh ini tidak mempengaruhi komposisi bentuk penduduk negara kerana mereka masih bertaraf sebagai pendatang. Pada tahun 1930-an, timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China.
Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda-tanda perubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini. Kedudukan orang Cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian Tanah Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini komposisi sebenar penduduk negara ini berubah.
Pada hari ini terdapat kira-kira 5 445 100 orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua terbesar. Bilangan orang Cina di Sabah adalah sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan sebagai penarik kemasukan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka. Di Sarawak, bilangan orang Cina agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Sambas, Pontianak, Indonesia. Pada awal abad ke-19, mereka melombong emas di Bau. Pada awal abad ke-20, ramai buruh Cina masuk ke Kuching dan terlibat dalam pertanian pasar. Sebahagian besar orang Cina di negara ini berasal dari wilayah Hokkien dan Kwangtung di selatan China. Mereka yang datang pada abad ke-19 adalah kaum buruh, berbeza daripada mereka yang datang sebelum abad ke-19 yang terdiri daripada golongan pedagang.
ORANG INDIA
Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi di negara ini
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan
Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang. Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah dan tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu

Disediakan oleh: Mohamad Zulfikar bin Narani
30DLS20F1004
Comments
Post a Comment