LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.


KAUM MELAYU

Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi. 


KAUM CINA

Masyarakat Cina pada awalnya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.


KAUM INDIA

Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

Disediakan oleh: Muhammad Raziq bin A Rasid
30DLS20F1026

Comments

Popular posts from this blog

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA