BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN

  • Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antara penganut pelbagai agama sehingga menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara.
  • Sebagai contoh, pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas hati
  • Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.

TEMPAT BERIBADAT KAUM MELAYU BERAGAMA ISLAM

TEMPAT BERIBADAT KAUM CINA

TEMPAT BERIBADAT KAUM INDIA

TEMPAT BERIBADAT UNTUK YANG BERAGAMA KRISTIAN

PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN

Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum.Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah .Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari India.Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu.Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

SOSIAL DAN BUDAYA

Setiap kaum Cina,India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yang kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum.Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina ,India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.


Disediakan oleh: Ryan Ikmal bin Norais
30DLS20F1056

Comments

Popular posts from this blog

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA