KEBAIKAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. 


Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Selain itu, penggunaan bahasa malaysia menjadi sebagai bahasa berkomunikasi di negara malaysia.Pemupukan rasa saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia budaya dalam konteks intra kaum dan juga inter kaum perlu diberi fokus utama. Bangsa Malaysia yang diingini adalah sesuatu yang murni, menjurus kepada pemupukan semangat dan rasa kepunyaan. 

Dari sudut khazanah kebudayaan, diperhatikan secara tidak sengaja wujudnya kecenderungan di kalangan individu dan kumpulan untuk mengamalkan praktis-praktis budaya kaum-kaum tanpa terikat kepada batasan etnik atau kaum. Masyarakat Malaysia berkongsi dari segi perayaan , aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi perasaan gembira apabila tib musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari RayaAidilfitri yang disambut oleh orang islam turut dirai bersama oleh etnik yang buka beragama islam. 


Selain itu, Pakaian yang diamalkan oleh orang melayu ialah baju melayu dan baju kurung. Baju melayu untuk lelaki dan baju kurung pula untuk perempuan. Bagi kaum cina pula, cheong sam untuk wanita dan bagi lelaki samfu dan bagi kaum india sari ialah untuk perempuan, bagi lelaki pula kurta. Jadi dari pakaian pakaian ini dapat membentuk dan dapat mengeratkan silaturrahim antara kaum melayu , india dan cina. Contohnya, kaum melayu boleh memakai pakaian kaum india, begitu juga india boleh memakai baju kaum melayu, seterusnya kaum cina juga boleh memakai baju kaum india.

Sukan tidak terhad pada kaum tertentu. Contohnya didalam sesebuah pasukan mempunyai pelbagai kaum, ini dapat mengekuatkan lagi semangat pasukan dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim antara kaum. Sesuatu sukan pasti akan melibatkan pemain dan penonton yang berbilang kaum, penonton atau penyokong tanpa mengira bangsa akan memberi sokongan dan bersorak untuk pasukan atau pemain pilihan mereka. Penyokong juga menyokong pemain tanpa mengira apa bangsa pemain itu.

Disediakan oleh: Mohamad Fariz Illahi bin Apandi
30DLS20F1049

Comments

Popular posts from this blog

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA