KESAN PERISTIWA HITAM 13 MEI

Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengistiharan darurat. Berikutan rusuhan yang berlaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu ) Darurat 1969-P.U.(A)149. Dengan pengisytiharaan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam suatu masa. Apabila berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untuk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana, pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.

Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara [ada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat ( MAGERAN) yang diketuai oleh timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialan pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunk Osman Tuanku Mohd Jiwa.

Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi:

1. Mengembaliakn keamanan dan undang-undang.
2. menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.

Dengan wujudnya MAGERAN makan sistem kerajaan berpalimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berpalimen mula dipulihkan pada 23 Februari 1971 menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat.

5 Prinsip Rukun Negara

MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukun Negara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak member penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukun Negara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Berikutan jurang perbezaan sosioekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada tahun 1971 yand dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah member banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.

Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedarn untuk mengatasi masalah oeroaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Kongres India Malaysia(MIC) dan Persatuan cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas Deb dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk kaum.

Disediakan oleh: Mohamad Fariz Illahi bin Apandi
30DLS20F1049


Comments

Popular posts from this blog

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA