KRONOLOGI PEMBETUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing- masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat,tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.


Migrasi daripada luar

Menurut B.W Andaya dan L.Y. Andaya, masyarakat cina daripada Negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh- buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara seperti sistem tiket. Menurut W.L Blythe, bilangan buruh Cina yan berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.


Buruh Cina yang berhijrah

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan menggambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.


Baba Nyonya


Cina Muslim

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu daripada Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di Negara itu yang dilanda kemiskinan da kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke Negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri Melayu.


Buruh India

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimatan, Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculetne, pendatang dari Ceylon terdiri daripada kaum Sinhalese. Faktor ekonomi adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.

Setelah kemasukan migran daripada luar bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak peristiwa berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.


Peristiwa 13 Mei 1969

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti Baba Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.


Kelompok Chitty

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan negara luar.


Masyarakat berbilang kaum

Disediakan oleh: Muhammad Raziq bin A Rasid
30DLS20F1026

Comments

Popular posts from this blog

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA