PENGENALAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik Melayu, Cina India. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud kepelbagaian bdaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan. Sebelum abad ke-18 dan ke-19 masyarakat Melayu tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK



J.S. Furnivall

Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri



M.G. Smith

Masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama.



P.L. Van Den Berghe

Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik

Kesimpulannya, ketiga- tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat dalam masyarakat majmuk.

Disediakan oleh: Muhammad Raziq bin A Rasid
30DLS20F1026

Comments

Popular posts from this blog

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA