Posts

PENGENALAN

Image
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik Melayu, Cina India. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud kepelbagaian bdaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan. Sebelum abad ke-18 dan ke-19 masyarakat Melayu tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. KONSEP MASYARAKAT MAJMUK J.S. Furnivall Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri M.G. Smith Masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. P.L. Van Den Berghe Beliau membezakan

KRONOLOGI PEMBETUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Image
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing- masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat,tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. Migrasi daripada luar Menurut B.W Andaya dan L.Y. Andaya, masyarakat cina daripada Negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh- buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara seperti sistem tiket. Menuru

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Image
Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya. Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dew

BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Image
PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antara penganut pelbagai agama sehingga menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh, pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas hati Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. TEMPAT BERIBADAT KAUM MELAYU BERAGAMA ISLAM TEMPAT BERIBADAT KAUM CINA TEMPAT BERIBADAT KAUM INDIA TEMPAT BERIBADAT UNTUK YANG BERAGAMA KRISTIAN PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum.Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menj

ADAT RESAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

  PANTUN  Kalau berkawad berdua-dua, masa berbaris usahlah rebah, dari muda sampai ke tua, budaya yang baik jangan diubah. Sedap sungguh kuih koci,  mari dimakan bersama saudara,  bangsa Malaysia kaya tradisi,  bersama-sama kita pelihara. Disediakan oleh: Ryan Ikmal bin Norais 30DLS20F1056

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Image
Orang Cina terlibat dalam aktiviti perlombongan bijih timah Orang India bekerja di kawasan ladang getah Orang Melayu bererja sebagai petani a. Perbezaan fungsi ekonomi.  Antara faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ialah perkembangan ekonomi kapitalis yang menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi. Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengalaman kaum mengikut kegiatan ekonomi mereka. Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh golongan imigran Cina yang terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan bijih timah. Imigran India pula tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar untuk bekerja sebagai kerani dan buruh di pelabuhan. Orang Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional dengan bekerja sebagai petani dan nelayan. Perbezaan dalam fungsi ekonomi telah memisahkan ketiga – tiga kaum tersebut dan secara tidak langsung mewujudkan masyarakat majmuk.  b. Dasar pecah dan perintah. British mengamalkan dasar pe

KEBAIKAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Image
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.  Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Selain itu, penggunaan bahasa malaysia menjadi sebagai bahasa berkomunikasi di negara malaysia.Pemupukan rasa saling